Sunday, 21 April 2013

Kesalahan Tatabahasa - Kata Ganti Nama



KATA GANTI NAMA DIRI
 
 a. Ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama diri mengikut kedudukan seseorang, suasana
     ketika bercakap, hubungan seseorang yang lain ketika sedang berkata – kata:
 
      Encik James pengurus di sini. Sekarang ini dia sedang berkursus di Singapura ( X )
      Encik James pengurus di sini. Sekarang ini beliau sedang berkursus di Singapura ( / )
 
 
b. Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan;
 
      “Marilah kita sertai mereka – mereka yang baru datang itu,” kata Salina ( X )
      “Marilah kita sertai mereka yang baru datang itu,” kata Salina ( / )
 
  
 c. Kata ganti nama diri mereka dan ia tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada binatang, benda
     dan perkara/konsep;

      Si Hitam sangat lembut bulunya. Ia juga berwarna menarik ( X )
      Si hitam sangat lembut bulunya dan berwarna menarik ( / )


 d. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai objek kepada kata sendi atau kata
     kerja transitif;

     Saya berasa seronok dapat berkawan dengan ia . ( X )
     Saya berasa seronok dapat berkawan dengannya ( / )

 
 e. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai kata nama pelaku dalam ayat pasif diri
     ketiga;

     Beg ia telah diselongkar ketika bersenam di padang. ( X )
     Begnya telah diselongkar ketika bersenam di padang ( / )
 
   
 f. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya;
 
     Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang ianya kian menular. ( X )
     Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang kian menular. ( / )


 g. Kata ganti nama diri daku dan dikau tidak boleh digunakan sebagai objek kecuali pada kata kerja
     transitif atau kata sendi yang berakhir dengan huruf ‘n’;

     Ibuku sungguh tertarik hati kepada dikau kerana pekertimu itu. ( X )
     Ibuku sungguh tertarik hati akan dikau dengan pekertimu itu ( / )


 h. Kata ganti nama diri singkat iaiti kau, ku, mu dan nya tidak boleh dieja berasingan dengan kata
     lain yang menyertainya;

     “Tolong kau ambilkan aku segelas air” kata Sri. ( X )
     ‘Tolong kauambilkan aku segelas air” kata Sri ( / )
   

 KATA GANTI NAMA TANYA

 
 a. Kata ganti nama tanya apa dan siapa tidak boleh digunakan sewenang – wenangnya. Apa
     digunakan untuk menanyakan benda, perkara atau binatang manakala siapa pula hanya
     digunakan untuk merujuk kepada manusia;
 
      Nama anjing awak siapa? ( X )
      Nama anjing awak apa? ( / )
 
 
 b. Jika berfungsi sebagai subjek ayat, kata ganti nama tanya perlu menerima partikel –kah
     selepasnya. Kata ganti nama tanya tidak memerlukan partikel –kah jika berperanan sebagai
     predikat ayat;
 
      Berapa yang telah awak berikan kepada Ramli? ( X )
      Berapakah yang telah awak berikan kepada Ramli? ( / )


KATA GANTI NAMA TAK TENTU
 
 a. Menyalahgunakan kata ganti nama tanya dalam konteks ayat yang menunjukkan sesuatu secara
     tidak pasti atau tidak tentu.
 
      Mereka berpura–pura seolah–olah tidak melihat apa pun untuk mengelakkan diri daripada menjadi
      saksi ( X )
      Mereka berpura–pura seolah–olah tidak melihat apa–apa pun untuk mengelakkan diri daripada
      menjadi saksi ( / ) 
 
 b. Kata ganti nama tak tentu tidak boleh diikuti oleh partikel –kah apabila bertugas sebagai subjek
     dalam binaan ayat songsang dan tidak menggunakan tanda soal (?) di akhir ayatnya;
 
      “Adakah kakak dengar apa – apakah berita malam tadi?” kata Kalsom ( X )
      “Adakah kakak dengar apa – apa berita malam tadi?” kata Kalsom ( / )

Wednesday, 17 April 2013

Kesalahan Tatabahasa -awalan, akhiran dan kata nama

 







 
  AWALAN meN-, APITAN meN-…-kan, meN-…i, mempeR-…-kan, mempeR-…i, dan
  AKHIRAN  –kan dan –i.
 

 a. Imbuhan pembentuk kata kerja transitif seperti meN-…-kan, meN-…-i, mempeR-…-kan,
     mempeR-…-I mesti diikuti oleh kata nama/ frasa nama selepasnya sebagai unsur
     objek/penyambut;
 
      Pembahas pertama mengemukakan dalam perbahasan itu hujah – hujah yang bernas ( X )
      Pembahas pertama mengemukakan hujah – hujah yang bernas dalam perbahasan itu  ( / )
 
 
 b. Imbuhan kata kerja transitif mempeR- berkata dasar kata adjektif tidak boleh disertai akhiran –
     kan kerana memberikan maksud yang lewah;
   
      Dia mempercepatkan kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah ( X )
      Dia mempercepat kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah ( / )
       

 c. Imbuhan kata kerja transitif memperoleh tidak memerlukan akhiran –i selepasnya;
 
     Pak Saman memperolehi pendapatan yang agak lumayan hasil daripada penjualan kelapa kering (X)
     Pak Saman memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil daripada penjualan kelapa kering ( / )


 d. Oleh sebab kata dasar had dan khas terbina daripada satu suku kata, maka apitan yang sesuai
     adalah menge-…-kan, bukannya meng-…-kan;

    Zarul       menghadkan    pengambilan   makanannya  untuk  mengelakkan   diri   daripada  kegemukan ( X )
    Zarul    mengehadkan   pengambilan   makanannya   untuk   mengelakkan   diri   daripada  kegemukan ( / )


 e. Huruf P bagi imbuhan mempeR-, mempeR-…-kan atau mempeR-…-I tidak boleh digugurkan
     seperti konsep awalan meN- apabila bertemu dengan huruf awal tertentu pada suatu kata dasar;

     Kami telah lama memelajari perkara ini di sekolah ( X )
     Kami telah lama mempelajari perkara ini di sekolah ( / )


 f. Terdapat juga imbuhan awalan meN- yang berbentuk kata kerja tak transitif. Kata kerja ini
     dibezakan dengan kata kerja berawalan meN- ( transitif ) kerana tidak mempunyai objek
     selepasnya.

     Pengetahuannya semakin mendalam bidang perubatan ( X )
     Pengetahuannya semakin mendalam dalam bidang perubatan ( / )


 g. Dalam penggunaan meN-…-kan, meN-…-i, mempeR-…-kan atau mempeR-…-i, penggunaan
     kamus dapat membantu penguasaan tentang makna agar tidak mengelirukan;

     Azlan menyerah wang RM10 kepada saya ( X)
     Azlan menyerahkan wang RM10 kepada saya ( / )
     Azlan menyerahi saya wang RM10 kepada saya ( / )


 h. Dalam keadaan ayat pasif diri pertama dan kedua sahaja akhiran –kan atau –i digunakan.
     Akhiran –kan dan –I tidak boleh digunakan dalam struktur ayat aktif;

     Mereka perbudakkan kami selama ini ( X )
     Mereka memperbudakkan kami selama ini ( / )
     Kami diperbudakkan oleh mereka selama ini ( / )


 i.  Penggunaan imbuhan yang tidak menepati konteks ayat;

     Setelah hari petang, Arjit mengumpulkan semua kambingnya ( X )
     Setelah hari petang, Arjit mengandangkan semua kambingnya ( / )




       KATA NAMA

     a. Kesalahan ejaan, iaitu ada beberapa kata nama yang seakan – akan sama ejaannya tetapi
           mempunyai makna yang berlainan ataupun tidak bermakna;
    
            Seniwati Sarimah mengenakan cocok sanggul pada dandanan rambutnya ( X )
            Seniwati Sarimah mengenakan cucuk sanggul pada dandanan rambutnya ( / )


       b. Kesalahan penggunaan kata nama mengikut konteks ayat;

            Wakil Rakyat itu  melawat kawasan petempatan semua orang asli ( X )
            Wakil Rakyat itu melawat kawasan penempatan semua orang asli ( / )





Pantun 2