8. AYAT MAJMUK
8.1 Definisi
Ayat
majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau
lebih. Percantuman ayat-ayat tunggal
itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung,
kata fakta ‘bahawa’, kata relatif ‘yang’, tanda koma dan tambahan keterangan.
Ayat
tunggal berbeza daripada ayat majmuk kerana ayat tunggal terdiri daripada
satu klausa yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, manakala ayat
majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa. Ini bermakna ayat majmuk mempunyak lebih
daripada satu subjek dan/atau predikat dan sering diiringi keterangan.
Ayat-ayat
majmuk boleh dikumpulkan kepada beberapa jenis berdasarkan cara pembentukannya.
8.2 Ayat Majmuk Gabungan
Ayat
majmuk ini terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan
dengan kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda. Ayat-ayat tunggalnya boleh berdiri dengan
sendirinya dan daripada jenis yang sama.
a. Jika fakta-faktanya seragam, kata
hubung seperti dan, lalu serta dan sambil
digunakan. Contohnya:
i. Ia
menjerit lalu menangis.
ii. Melukis
dan menulis menjadi kegemarannya.
b. Jika fakta-faktanya bertentangan,
kata hubung seperti tetapi, sebaliknya dan padahal, hendaklah digunakan. Contohnya:
i. Pegawai
itu sombong tetapi pemurah.
ii. Tiada
siapa yang dapat masuk melainkan ibu bapanya.
c. Ayat-ayat yang membentuk ayat
gabungan hendaklah daripada jenis yang
sama, misalnya ayat penyata disambungkan dengan ayat penyata, ayat tanya dicantumkan dengan ayat tanya. Contohnya:
i. Dia
sudah mandi dan berpakaian.
ii. Sudahkah
awak berjumpa dengan ibu dan meminta nasihatnya?
d. Kata hubung yang berulang-ulang
hendaklah digugurkan kecuali yang
terakhir. Contohnya:
i. Izah,
Mariam, Adi dan Kalsom
berjalan ke pejabat
tiap-tiap hari.
e. Kata hubung, kadang-kadang, boleh
digugurkan tanpa menyebabkan
perubahan makna ayat. Dalam hal ini, tanda koma boleh digunakan jika dalam bahasa tulisan, manakala dalam bahasa lisan pula, ‘hentian suara yang sebentar’ dilakukan sebagai penentu. Contohnya:
i. Dia
berdiri tegak, bercekak pinggang, merenung
lawannya.
Daripada contoh-contoh tadi, dapat dilihat bahawa
penggabungan berlaku pada
subjek, predikat dan keterangan. Penggabungan boleh juga dilakukan pada ayat dan objek. Contohnya:
i. Adik
ke sekolah manakala (penggabungan ayat)
kakak ke pejabat ayah.
ii. Ibu
membeli ikan dan sayur (penggabungan objek)
di pasar.
Melalui penggabungan, unsur-unsur
yang sama misalnya subjek, predikat dan
sebarang bahagian ayat yang sama boleh digugurkan.
8.3 Ayat
Majmuk Pancangan
Ayat ini terbina daripada ayat-ayat yang
tidak sama tarafnya, iaitu satu ayat utama atau
ayat induk dan satu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Ayat pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu: a. Ayat Relatif Ayat relatif menggunakan kata relatif ‘yang’ yang memancangkan ayat kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang. Contohnya:
i. Budak
yang menangis itu sudah diberi makan.
Budak
itu sudah diberi makan. (Ayat induk)
Budak itu menangis. (Ayat kecil)
b. Ayat
Komplemen
Ayat pancangan jenis ini terdiri daripada ayat induk dan klausa komplemen (KK). Kata hubung komplemen seperti bahasa, untuk, dan demi digunakan untuk memancangkan ayat komplemen. Contohnya: i. Bahawa saya bersalah memanglah saya akui. (KK sebagai subjek) ii. Dia sudah mengetahui bahawa anaknya mendapat tempat di UIA. (KK sebagai objek) iii. Kami tahu bahawa anak-anak kami perlu bersekolah (KK sebagai unsur predikat) c. Ayat Keterangan Ayat ini mengandungi ayat induk dan ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan predikat. Contoh kata hubung yang digunakan ialah ketika, kerana, semasa, dengan, dan sungguhpun.
Contoh:
i. dia lambat tiba kerana keretanya rosak. (Keterangan sebab)
ii. Jika dia pergi, saya akan tinggal di rumah sahaja.
(Keterangan syarat)
iii. Walaupun hujan lebat, ia tetap hendak
ke sekolah. (Keterangan pertentangan)
iv. Kakak
berdoa semoga suaminya selamat. (Keterangan
harapan)
8.4 Ayat
Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran mengandungi lebih
daripada satu jenis ayat. Ayat ini
biasanya panjang dan proses penggabungannya lebih kompleks daripada yang dinyatakan di atas. Pemilihan kata hubung, penggunaan kata relatif ‘yang’ dan kata komplemen ‘bahawa’ dan penyusunan ayat-ayat perlu diberi perhatian. Tanda koma juga kerap digunakan dalam ayat ini.
Contoh:
Kalau ingin mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan, kita hendaklah
selalu
membaca dan mengulang kaji pelajaran kita dari awal tahun lagi.
8.5 Ayat
Majmuk Pasif
Ayat jenis ini boleh dibina jika wujud
bentuk aktifnya yang mengandungi kata kerja
transitif. Pastikanlah supaya hanya bentuk pasif yang betul yang digunakan.
Contoh:
i. Kami
ditegur oleh pensyarah itu kerana bergurau
keterlaluan dalam bilik kuliah.
ii. Kajian yang rumit itu dijalankan di makmal UTM, Skudai. iii. Pegawai tersebut akan bertindak jika diarahkan oleh pihak pentadbiran jabatannya. iv. Komputer ini sering digunakan oleh pihak pengurusan dan unit latihan ketika membuat tunjuk cara. |
Wednesday 10 April 2013
Ayat Majmuk
Labels:
Tatabahasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yang ni berasaskan KSSR kn?
ReplyDeletekata fakta tu ape?
ReplyDeleteKata Hubung Komplemen ( Bahawa )
Deleteterima kasih cikgu.. nota cikgu sangat padat..
ReplyDeletenice..
ReplyDeletesaya rasa jawapan awak betul
ReplyDeleteoh,ya....kenapa blog ini ada menyatakan bahawa God tidak ada dan Allah ada..Setahu saya God dengan Allah sama ertilah..........
ReplyDeleteyee
Deleteterima kasih utk infomasinya....
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeletetajuk: gariskan kata nama khas hidup manusia. kemudian, pilih ayat majmuk dan tulis.
ReplyDeletesoalan:
Ai Ling dan Ai Fang suka berenang di kolam renang.
Mereka pergi ke sana pada setiap Ahad.
Adakah 2 ayat pilih salah satu ayat yang ada kata majmuk, atau kena gabung kan tanpa berulang-ulang?
adakah jawapan ialah:
ReplyDeleteAi Ling dan Ai Fang suka berenang di kolam renang.
atau
Ai Ling dan Ai Fang suka berenang di kolam renang pada setiap hari Ahad.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePasukan bomba berkawad.
ReplyDeletePasukan polis berkawad.
If combine is it
Pasukan bomba dan pasukan polis berkawad or
Pasukan bomba dan polis berkawad.
Which one is correct?
pasukan tu jadikan satu.so jawapan awak yg nombor 2 tu btul
DeleteSaya nak tanya boleh tak bagi contoh ayat majmuk yang menggunakan 'bahkan'. Saya tak berapa tahu untuk memggunakan ayat itu
ReplyDeleteTerima kasih cikgu
Delete