6.1 Definisi
Ayat
pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal (iaitu objek dalam ayat
aktifnya) sebagai perkara atau unsur yang diterangkan, manakala subjek
asalnya tidak diutamakan.
Contohnya:
i. Dia menyediakan laporan itu. (Ayat
Aktif)
ii. Laporan
itu disediakan olehnya. (Ayat
Pasif)
6.2 Ayat Pasif dengan Kata Kerja berimbuhan ‘di’ dan ‘ter’
Contohnya:
i. Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.
ii. Meja itu tidak terangkat olehnya.
6.3 Ayat Pasif dengan Kata Kerja berimbuhan
‘ber’ dan ‘ke-…’an’.
i. Mereka ketinggalan bas.
ii. Bajunya
berjahit dengan benang sutera.
iii. Surat
awak belum berjawab lagi.
6.4 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Orang
Pertama dan Kedua.
Contohnya:
i. Kertas kerja itu sudah saya siapkan semalam.
ii. Persetujuannya harus awak sampaikan dengan segera.
iii. Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.
|
Wednesday, 10 April 2013
Ayat Pasif
Labels:
Tatabahasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Boleh tinggalkan komen disini untuk penambahbaikan !