Wednesday, 10 April 2013

Ayat Majmuk



8.         AYAT MAJMUK

8.1       Definisi

            Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih.  Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung, kata fakta ‘bahawa’, kata relatif ‘yang’, tanda koma dan tambahan keterangan.

            Ayat tunggal berbeza daripada ayat majmuk kerana ayat tunggal terdiri daripada satu klausa yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, manakala ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa.  Ini bermakna ayat majmuk mempunyak lebih daripada satu subjek dan/atau predikat dan sering diiringi keterangan.

            Ayat-ayat majmuk boleh dikumpulkan kepada beberapa jenis berdasarkan  cara pembentukannya.

8.2       Ayat Majmuk Gabungan

            Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan dengan kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda.  Ayat-ayat tunggalnya boleh berdiri dengan sendirinya dan daripada jenis yang sama.

               a.         Jika fakta-faktanya seragam, kata hubung seperti dan, lalu serta  dan sambil      
                           digunakan.  Contohnya:

i.          Ia menjerit lalu  menangis.
ii.         Melukis dan menulis menjadi kegemarannya.

                b.         Jika fakta-faktanya bertentangan, kata hubung seperti tetapi, sebaliknya  dan                              padahal,  hendaklah digunakan.  Contohnya:

i.          Pegawai itu sombong tetapi pemurah.
ii.         Tiada siapa yang dapat masuk melainkan  ibu bapanya.

               c.         Ayat-ayat yang membentuk ayat gabungan hendaklah daripada jenis yang        
                           sama, misalnya ayat penyata disambungkan dengan ayat penyata, ayat tanya 
                           dicantumkan dengan ayat tanya. Contohnya:

i.          Dia sudah mandi dan berpakaian.
ii.         Sudahkah awak berjumpa dengan ibu dan meminta nasihatnya?

               d.         Kata hubung yang berulang-ulang hendaklah digugurkan kecuali yang    
                           terakhir.  Contohnya:

i.          Izah, Mariam, Adi dan Kalsom berjalan  ke pejabat 
            tiap-tiap hari.

              e.         Kata hubung, kadang-kadang, boleh digugurkan tanpa menyebabkan  
                          perubahan makna ayat.  Dalam hal ini, tanda koma boleh digunakan jika     
                          dalam bahasa tulisan, manakala dalam bahasa lisan pula, ‘hentian suara yang 
                          sebentar’ dilakukan sebagai penentu.   Contohnya:

i.          Dia berdiri tegak, bercekak pinggang, merenung 
            lawannya.

                         Daripada contoh-contoh tadi, dapat dilihat bahawa penggabungan berlaku pada 
                         subjek, predikat dan keterangan.  Penggabungan boleh juga dilakukan pada  
                         ayat dan objek.  Contohnya:

i.          Adik ke sekolah manakala (penggabungan ayat)
kakak ke pejabat ayah.

ii.         Ibu membeli ikan dan sayur       (penggabungan objek)
di pasar.

                       Melalui penggabungan, unsur-unsur yang sama misalnya subjek, predikat dan  
                       sebarang bahagian ayat yang sama boleh digugurkan.

             8.3       Ayat Majmuk Pancangan

            Ayat ini terbina daripada ayat-ayat yang tidak sama tarafnya, iaitu satu ayat utama atau 
            ayat induk dan satu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk.   
            Ayat pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

                          a.         Ayat Relatif
                                      Ayat relatif menggunakan kata relatif ‘yang’ yang memancangkan ayat  
                                      kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang.
                                     Contohnya:
i.          Budak yang menangis itu sudah diberi makan.
Budak itu sudah diberi makan. (Ayat induk)
 Budak itu menangis.  (Ayat kecil)
                         b.         Ayat Komplemen 
                                     Ayat pancangan jenis ini terdiri daripada ayat induk dan klausa 
                                     komplemen (KK). Kata hubung komplemen seperti bahasa, untuk,  dan  
                                     demi digunakan untuk memancangkan ayat komplemen.
                                      Contohnya:
                                      i.          Bahawa saya bersalah memanglah saya akui.
                                                  (KK sebagai subjek)
                                      ii.         Dia sudah mengetahui  bahawa anaknya mendapat tempat di 
                                                  UIA. (KK sebagai objek)
                                      iii.        Kami tahu bahawa anak-anak kami perlu bersekolah 
                                                  (KK sebagai unsur predikat)

                          c.         Ayat Keterangan
                                       Ayat ini mengandungi ayat induk dan ayat kecil yang bertugas sebagai 
                                        keterangan predikat.  Contoh kata hubung yang digunakan ialah  
                                       ketika, kerana, semasa, dengan,  dan sungguhpun.

Contoh:

i.          dia lambat tiba kerana keretanya rosak. (Keterangan sebab)

ii.         Jika dia pergi,  saya akan tinggal di rumah sahaja. (Keterangan syarat)

iii.        Walaupun hujan lebat, ia tetap hendak ke sekolah.  (Keterangan pertentangan)

iv.        Kakak berdoa semoga suaminya selamat. (Keterangan harapan)

               8.4       Ayat Majmuk Campuran

              Ayat majmuk campuran mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.  Ayat ini               
              biasanya panjang dan proses penggabungannya lebih kompleks daripada yang 
              dinyatakan di atas.  Pemilihan kata hubung, penggunaan kata relatif ‘yang’ dan kata 
              komplemen ‘bahawa’ dan penyusunan ayat-ayat perlu diberi perhatian.  Tanda koma  
              juga kerap digunakan dalam ayat ini.

            Contoh:
            Kalau  ingin mendapat kelulusan  yang  baik dalam peperiksaan, kita hendaklah selalu 
            membaca  dan mengulang kaji pelajaran kita  dari awal tahun lagi.

            8.5       Ayat Majmuk Pasif

            Ayat jenis ini boleh dibina jika wujud bentuk aktifnya yang mengandungi kata kerja 
            transitif.  Pastikanlah supaya hanya bentuk pasif yang betul yang digunakan.

            Contoh:
            i.          Kami ditegur  oleh pensyarah itu kerana bergurau keterlaluan dalam bilik kuliah.
           ii.         Kajian yang rumit itu dijalankan  di makmal UTM, Skudai.
           iii.        Pegawai tersebut akan bertindak jika diarahkan  oleh pihak pentadbiran 
                        jabatannya.
           iv.        Komputer ini sering  digunakan  oleh pihak pengurusan dan unit latihan ketika 
                       membuat tunjuk cara.


17 comments:

  1. yang ni berasaskan KSSR kn?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kata Hubung Komplemen ( Bahawa )

      Delete
  3. terima kasih cikgu.. nota cikgu sangat padat..

    ReplyDelete
  4. saya rasa jawapan awak betul

    ReplyDelete
  5. oh,ya....kenapa blog ini ada menyatakan bahawa God tidak ada dan Allah ada..Setahu saya God dengan Allah sama ertilah..........

    ReplyDelete
  6. terima kasih utk infomasinya....

    ReplyDelete
  7. tajuk: gariskan kata nama khas hidup manusia. kemudian, pilih ayat majmuk dan tulis.
    soalan:
    Ai Ling dan Ai Fang suka berenang di kolam renang.
    Mereka pergi ke sana pada setiap Ahad.


    Adakah 2 ayat pilih salah satu ayat yang ada kata majmuk, atau kena gabung kan tanpa berulang-ulang?

    ReplyDelete
  8. adakah jawapan ialah:
    Ai Ling dan Ai Fang suka berenang di kolam renang.

    atau

    Ai Ling dan Ai Fang suka berenang di kolam renang pada setiap hari Ahad.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Pasukan bomba berkawad.
    Pasukan polis berkawad.
    If combine is it
    Pasukan bomba dan pasukan polis berkawad or
    Pasukan bomba dan polis berkawad.
    Which one is correct?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasukan tu jadikan satu.so jawapan awak yg nombor 2 tu btul

      Delete
  11. Saya nak tanya boleh tak bagi contoh ayat majmuk yang menggunakan 'bahkan'. Saya tak berapa tahu untuk memggunakan ayat itu

    ReplyDelete

Boleh tinggalkan komen disini untuk penambahbaikan !