8.         AYAT MAJMUK 
8.1       Definisi 
            Ayat
  majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau
  lebih.  Percantuman ayat-ayat tunggal
  itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung,
  kata fakta ‘bahawa’, kata relatif ‘yang’, tanda koma dan tambahan keterangan. 
            Ayat
  tunggal berbeza daripada ayat majmuk kerana ayat tunggal terdiri daripada
  satu klausa yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, manakala ayat
  majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa.  Ini bermakna ayat majmuk mempunyak lebih
  daripada satu subjek dan/atau predikat dan sering diiringi keterangan. 
            Ayat-ayat
  majmuk boleh dikumpulkan kepada beberapa jenis berdasarkan  cara pembentukannya. 
8.2       Ayat Majmuk Gabungan 
            Ayat
  majmuk ini terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan
  dengan kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda.  Ayat-ayat tunggalnya boleh berdiri dengan
  sendirinya dan daripada jenis yang sama. 
               a.         Jika fakta-faktanya seragam, kata
  hubung seperti dan, lalu serta  dan sambil
        
digunakan. Contohnya: 
i.          Ia
  menjerit lalu  menangis. 
ii.         Melukis
  dan menulis menjadi kegemarannya. 
                b.         Jika fakta-faktanya bertentangan,
  kata hubung seperti tetapi, sebaliknya  dan                              padahal,  hendaklah digunakan.  Contohnya: 
i.          Pegawai
  itu sombong tetapi pemurah. 
ii.         Tiada
  siapa yang dapat masuk melainkan  ibu bapanya. 
               c.         Ayat-ayat yang membentuk ayat
  gabungan hendaklah daripada jenis yang         
sama, misalnya ayat penyata disambungkan dengan ayat penyata, ayat tanya dicantumkan dengan ayat tanya. Contohnya: 
i.          Dia
  sudah mandi dan berpakaian. 
ii.         Sudahkah
  awak berjumpa dengan ibu dan meminta nasihatnya? 
               d.         Kata hubung yang berulang-ulang
  hendaklah digugurkan kecuali yang     
terakhir. Contohnya: 
i.          Izah,
  Mariam, Adi dan Kalsom
  berjalan  ke pejabat  
tiap-tiap hari. 
              e.         Kata hubung, kadang-kadang, boleh
  digugurkan tanpa menyebabkan   
perubahan makna ayat. Dalam hal ini, tanda koma boleh digunakan jika dalam bahasa tulisan, manakala dalam bahasa lisan pula, ‘hentian suara yang sebentar’ dilakukan sebagai penentu. Contohnya: 
i.          Dia
  berdiri tegak, bercekak pinggang, merenung  
lawannya. 
                         Daripada contoh-contoh tadi, dapat dilihat bahawa
  penggabungan berlaku pada  
subjek, predikat dan keterangan. Penggabungan boleh juga dilakukan pada ayat dan objek. Contohnya: 
i.          Adik
  ke sekolah manakala (penggabungan ayat) 
kakak ke pejabat ayah. 
ii.         Ibu
  membeli ikan dan sayur       (penggabungan objek) 
di pasar. 
                       Melalui penggabungan, unsur-unsur
  yang sama misalnya subjek, predikat dan   
sebarang bahagian ayat yang sama boleh digugurkan. 
             8.3       Ayat
  Majmuk Pancangan 
            Ayat ini terbina daripada ayat-ayat yang
  tidak sama tarafnya, iaitu satu ayat utama atau  
ayat induk dan satu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Ayat pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu: a. Ayat Relatif Ayat relatif menggunakan kata relatif ‘yang’ yang memancangkan ayat kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang. Contohnya: 
i.          Budak
  yang menangis itu sudah diberi makan. 
Budak
  itu sudah diberi makan. (Ayat induk) 
Budak itu menangis. (Ayat kecil) 
                         b.         Ayat
  Komplemen  
Ayat pancangan jenis ini terdiri daripada ayat induk dan klausa komplemen (KK). Kata hubung komplemen seperti bahasa, untuk, dan demi digunakan untuk memancangkan ayat komplemen. Contohnya: i. Bahawa saya bersalah memanglah saya akui. (KK sebagai subjek) ii. Dia sudah mengetahui bahawa anaknya mendapat tempat di UIA. (KK sebagai objek) iii. Kami tahu bahawa anak-anak kami perlu bersekolah (KK sebagai unsur predikat) c. Ayat Keterangan Ayat ini mengandungi ayat induk dan ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan predikat. Contoh kata hubung yang digunakan ialah ketika, kerana, semasa, dengan, dan sungguhpun. 
Contoh: 
i.          dia lambat tiba kerana keretanya rosak. (Keterangan sebab) 
ii.         Jika dia pergi,  saya akan tinggal di rumah sahaja.
  (Keterangan syarat) 
iii.        Walaupun hujan lebat, ia tetap hendak
  ke sekolah.  (Keterangan pertentangan) 
iv.        Kakak
  berdoa semoga suaminya selamat. (Keterangan
  harapan) 
               8.4       Ayat
  Majmuk Campuran 
              Ayat majmuk campuran mengandungi lebih
  daripada satu jenis ayat.  Ayat ini                 
biasanya panjang dan proses penggabungannya lebih kompleks daripada yang dinyatakan di atas. Pemilihan kata hubung, penggunaan kata relatif ‘yang’ dan kata komplemen ‘bahawa’ dan penyusunan ayat-ayat perlu diberi perhatian. Tanda koma juga kerap digunakan dalam ayat ini. 
            Contoh: 
            Kalau  ingin mendapat kelulusan  yang  baik dalam peperiksaan, kita hendaklah
  selalu  
membaca dan mengulang kaji pelajaran kita dari awal tahun lagi. 
            8.5       Ayat
  Majmuk Pasif 
            Ayat jenis ini boleh dibina jika wujud
  bentuk aktifnya yang mengandungi kata kerja  
transitif. Pastikanlah supaya hanya bentuk pasif yang betul yang digunakan. 
            Contoh: 
            i.          Kami
  ditegur  oleh pensyarah itu kerana bergurau
  keterlaluan dalam bilik kuliah. 
ii. Kajian yang rumit itu dijalankan di makmal UTM, Skudai. iii. Pegawai tersebut akan bertindak jika diarahkan oleh pihak pentadbiran jabatannya. iv. Komputer ini sering digunakan oleh pihak pengurusan dan unit latihan ketika membuat tunjuk cara.  | 
 
Wednesday, 10 April 2013
Ayat Majmuk
Labels:
Tatabahasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yang ni berasaskan KSSR kn?
ReplyDeletekata fakta tu ape?
ReplyDeleteKata Hubung Komplemen ( Bahawa )
Deleteterima kasih cikgu.. nota cikgu sangat padat..
ReplyDeletenice..
ReplyDeletesaya rasa jawapan awak betul
ReplyDeleteoh,ya....kenapa blog ini ada menyatakan bahawa God tidak ada dan Allah ada..Setahu saya God dengan Allah sama ertilah..........
ReplyDeleteyee
Deleteterima kasih utk infomasinya....
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeletetajuk: gariskan kata nama khas hidup manusia. kemudian, pilih ayat majmuk dan tulis.
ReplyDeletesoalan:
Ai Ling dan Ai Fang suka berenang di kolam renang.
Mereka pergi ke sana pada setiap Ahad.
Adakah 2 ayat pilih salah satu ayat yang ada kata majmuk, atau kena gabung kan tanpa berulang-ulang?
adakah jawapan ialah:
ReplyDeleteAi Ling dan Ai Fang suka berenang di kolam renang.
atau
Ai Ling dan Ai Fang suka berenang di kolam renang pada setiap hari Ahad.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePasukan bomba berkawad.
ReplyDeletePasukan polis berkawad.
If combine is it
Pasukan bomba dan pasukan polis berkawad or
Pasukan bomba dan polis berkawad.
Which one is correct?
pasukan tu jadikan satu.so jawapan awak yg nombor 2 tu btul
DeleteSaya nak tanya boleh tak bagi contoh ayat majmuk yang menggunakan 'bahkan'. Saya tak berapa tahu untuk memggunakan ayat itu
ReplyDeleteTerima kasih cikgu
Delete