BAHAGIAN A:
Soalan 1 hingga Soalan 10
Baca petikan rencana ini dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan yang
berikutnya.
Pada zaman yang
serba maju ini, dapat dikatakan bahawa kebanyakan keluarga memiliki
sekurang-kurangnya sebuah peti telivesyen. Peti televisyen pada masa ini
dikatakan sebagai suatu keperluan bagi sesetengah orang dan bukan lagi sebagai satu
lambang kemewahan.
Televisyen bukan sahaja
dapat dijadikan alat penyebar maklumat tetapi juga bertindak sebagai alat
penghibur. Banyak rancangan yang menarik ditayangkan menerusi televisyen pada
setiap hari. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya pelbagai saluran seperti saluran
RTM, TV3, NTV7, TV8, TV9 dan saluran televisyen berbayar seperti ASTRO.
Walau bagaimanapun,
terdapat sesetengah rancangan televisyen yang tidak sesuai disaksikan oleh khalayak,
terutamanya remaja. Sebagai contoh, rancangan
gusti sering memaparkan unsur ganas. Unsur
ini akan merangsang para remaja untuk mencubanya. Para ibu bapa atau penjaga
mestilah pandai memilih rancangan televisyen untuk ditonton oleh anak-anak
mereka.
Selain itu, ibu bapa juga
haruslah sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat kepada anak-anak mereka
supaya tidak menonton rancangan yang tidak berfaedah. Adalah lebih baik jika ibu bapa duduk bersama-sama dengan anak-anak semasa menonton rancangan
televisyen. Hal ini demikian kerana mereka sudah tentu akan dapat mengawal
anak-anak daripada menonton rancangan yang tidak sesuai.
Pada masa yang sama, ibu
bapa juga seharusnya dapat membataskan anak-anak mereka daripada menonton
televisyen sehingga larut malam. Hanya dengan cara ini sahajalah,
anak-anak akan dapat terhindar daripada
pengaruh dan budaya kuning dari barat. Ini disebabkan kebanyakan rancangan yang
berunsur ganas dan yang tidak sesuai ditonton oleh mereka disiarkan pada waktu
yang tersebut.
Ketika ini juga, pengaruh
negatif telah mula menular di kalangan remaja. Mereka mula melakukan perbuatan
yang tidak bermoral dan bergaul bebas. Oleh itu, satu tindakan yang berkesan seperti
mengharamkan rancangan televisyen yang berunsur ganas dan lucah perlu
diambil untuk mengatasi masalah ini.
1. Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan
tersebut?
A Kebaikan dan Keburukan Televisyen
B Peranan Ibu Bapa terhadap Keluarga
C Peranan Televisyen terhadap Remaja
D Siaran
Televisyen Dapat Merosakkan Akhlak Para Remaja
2. Apakah anggapan kebanyakan keluarga terhadap
televisyen pada zaman ini?
A Televisyen sebagai satu lambang kemewahan.
B Televisyen sebagai satu keperluan hidup.
C Televisyen banyak mendatangkan kebaikan.
D Televisyen banyak mendatangkan keburukan.
3. Rancangan televisyen manakah yang tidak sesuai
ditonton oleh para remaja?
A Rancangan
gusti
B Rancangan berita
C Forum pendidikan
D Rancangan rencana
4. Pada masa kini, televisyen berperanan sebagai …
A alat khayalan.
B sumber maklumat.
C pengerat hubungan keluarga.
D alat mengawal tingkah laku anak-anak.
5. Mengapakah ibu bapa perlu menasihati anak-anak
mereka supaya tidak menonton rancangan yang tidak berfaedah?
A Anak-anak sudah tidak menghormati ibu bapa
lagi.
B Rancangan itu akan menyebabkan anak-anak malas ke sekolah.
C Anak-anak mereka tidak terpengaruh oleh
budaya kuning.
D Rancangan itu akan menyusahkan kedua-dua
orang ibu bapa mereka.
6. Kata ini seerti dengan perkataan “ditayangkan”.
A ditontoni
B dijalani
C disiarkan
D dipamerkan
7. Ibu bapa perlu duduk bersama-sama dengan anak-anak semasa menonton rancangan
televisyen supaya mereka …
A dapat menjimatkan masa serta merapatkan
hubungan kekeluargaan.
B. dapat mengawal anak supaya mereka dapat
mengulang kaji pelajaran.
C dapat memberikan penerangan yang baik
terhadap anak-anak mereka.
D dapat mengawal anak-anak daripada menonton
rancangan yang tidak berfaedah.
8. Semua yang berikut mungkin akan menyebabkan
remaja terpengaruh kepada budaya kuning melainkan…
A video.
B majalah.
C internet.
D buku teks.
9. Siapakah yang harus menangani filem-filem yang
berunsurkan budaya kuning daripada ditayangkan di negara kita?
A Pihak kerajaan.
B Pihak pentadbiran.
C Pihak ibu bapa dan keluarga.
D Semua penduduk tetap negara ini.
10. Semua
pernyataan telah disentuh oleh pengarang kecuali …
A pada era moden, televisyen mampu dimiliki
oleh kebanyakan keluarga.
C budaya kuning yang meresapi para remaja akan
menyebakan keruntuhan moral di kalangan mereka.
D semua rancangan televisyen yang disiarkan
akan menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
No comments:
Post a Comment
Boleh tinggalkan komen disini untuk penambahbaikan !