SURAT RASMI
SURAT
RASMI
ialah KENYATAAN BERTULIS yang mengandungi khabar, maklumat, dan seumpamanya,
yang ditulis kepada SESUATU PIHAK untuk MENDAPATKAN
PERKHIDMATAN MEREKA. Dalam peperiksaan,
sebarang kesilapan dalam penggunaan laras bahasa mahupun kepersisan format
penulisannya, akan berhadapan dengan kes PEMOTONGAN MARKAH.
FORMAT SURAT RASMI
1.
MAKLUMAT
PENGIRIM
i) Ditulis pada sebelah kiri
halaman.
ii) Sekiranya surat persifat
peribadi, tuliskan nama penuh.
iii)
Sekiranya mewakili mana-mana pihak, tuliskan nama jawatan tersebut.
iv) Tuliskan alamat lengkap.
Noktahkan alamat tersebut.
(Dalam peperiksaan, alamat boleh dilaraskan untuk kelihatan lebih
gramatis)
v) Huruf besarkan nama bandar.
vi) Sekiranya menggunakan kepala surat, semua
maklumat tentang jabatan berkenaan perlu lengkap:
~ Alamat
~
No. Tel
~
No. Faks
~
Laman Web
2.
GARISAN PEMISAH (Langkau 1 baris)
i) Buat
satu garisan untuk memisahkan maklumat pengirim dengan maklumat penerima.
3. RUJUKAN (Langkau 1 baris)
i)
Sekiranya surat tersebut dijangka akan melalui beberapa proses lain, surat
itu perlu diberi nombor rujukan.
ii) Selaraskan
kedudukan tanda :
4. TARIKH
i) Kosongkan
haribulan.
ii) Tulis
nama bulan menggunakan huruf besar.
iii) Jangan noktahkan.
5. MAKLUMAT PENERIMA (Langkau 3 baris)
i) Ditulis pada sebelah kiri
halaman.
ii) Sekiranya penerima amat
dikenali, tuliskan nama penuhnya.
iii) Sekiranya tidak mengetahui
penama yang sebenar, tuliskan nama jawatan tersebut.
iv) Alamat lengkap. Noktahkan alamat tersebut.
(Dalam peperiksaan, alamat boleh dilaraskan untuk kelihatan lebih
gramatis)
v) Huruf besarkan nama bandar.
6. MELALUI (Langkau 1 baris)
i) Surat
itu melibatkan tindakan ketua jabatan.
7. MELALUI DAN SALINAN (Langkau 1
baris)
i)
Surat itu melibatkan tindakan ketua jabatan dan simpanan fail.
8. MAKLUMAT KETUA JABATAN (Langkau 1
baris)
i) Ditulis pada sebelah kiri
halaman.
ii) Tuliskan nama jawatan ketua jabatan
tersebut.
iii) Alamat
lengkap. Noktahkan alamat tersebut.
(Dalam peperiksaan, alamat boleh dilaraskan untuk kelihatan lebih
gramatis)
iv) Huruf besarkan nama bandar.
9. PERHATIAN KHUSUS (Tanpa langkau)
i) Ditulis
di bawah alamat terakhir penerima, menggunakan singkatan (u.p: ..)
10. KATA SAPAAN PENERIMA (Langkau 2 baris)
i) Tulis
status kata sapaan penerima dan letakkan tanda koma ,
ii) Boleh mulakan dengan ungkapan tuan, atau panggilan hormat lain yang lebih tepat (Yang Berbahagia Dato’ / YB
Datuk dan sebagainya).
11. TAJUK
SURAT (Langkau 2 baris)
i) Perlu
mencerminkan isi kandungan surat; ringkas dan padat.
ii) Boleh
ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil.
iii) Jangan
melebihi 3 baris.
iv) Garis hanya
pada baris terakhir.
v) Perlu mematuhi tatacara
penulisan judul.
12. ISI
SURAT (Langkau 1 baris)
i) Mulakan
surat perenggan demi perenggan mengikut kepentingan. Ada baiknya satu isi mewakili satu
perenggan.
ii) Perenggan perlu dinombori bagi
memudahkan rujukan. Bagaimanapun, secara
konvensinya perenggan pertama dan terakhir
tidak dinombori.
iii) Langkau 1 baris untuk memulakan perenggan
baharu.
iv) Ada
baiknya anda seolah-olah menyertakan dokumen tertentu untuk membantu menguatkan objektif surat tersebut. (Bersama-sama ini saya sertakan …)
v) Surat yang baik hanya memerlukan satu
halaman.
~ untuk tujuan perekodan
~ untuk mengekalkan format
vi) Sekiranya
melebihi
1 halaman, sebahagian
isi perlu ada
pada halaman 2 untuk mengelakkan kes penipuan.
vii) Jangan tulis
muka surat pada halaman pertama.
viii) Sekiranya surat bersambung ke
halaman kedua, tulis simbol
...2/-
13. PENUTUP SURAT (Langkau 1 baris)
i) Perenggan terakhir surat biasanya
menggunkan frasa:
Sekian, terima kasih.
ii) Langkau 1 baris, dan selitkan ungkapan yang bersesuaian dengan
isi untuk memberi kekuatan kepada surat
berkenaan (menggunakan huruf besar dan dalam bentuk petikan), misalnya seperti:
“BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA”
“KE ARAH MASYARAKAT
PROGRESIF”
“BERSIH CEKAP AMANAH”
“MAJULAH SUKAN UNTUK
NEGARA”
“JAUH PERJALANAN LUAS
PENGETAHUAN”
iii) Langkau 3 baris, tuliskan
rangkai kata:
Saya yang
menjalankan tugas,
Saya yang menurut perintah,
Saya
yang benar,
iv) Langkau 4 baris untuk ruang tandatangan.
~ Tandatangan di bawah rangkai
kata itu. Pastikan tandatangan anda tidak boleh ditiru.
~ Gunakan dakwat basah (hitam / biru) untuk tujuan jangka hayat tandatangan.
~ Di
bawah tandatangan, tulis nama
penuh pengirim dengan huruf besar (dalam kurungan).
~ Sekiranya mewakili sesuatu pihak,
tuliskan nama jawatan.
~ Sekiranya surat berkenaan memerlukan
tindakan pihak ketiga, surat
itu perlu mempunyai
“salinan kepada” yang biasanya disingkatkan menjadi “s.k:” (huruf kecil).
v) Langkau 2 baris, tuliskan kod kedudukan
simpanan surat tersebut.
Tahniah. Blog ini boleh dijadikan panduan.
ReplyDeleteThe Spa at Borgata - Mapyro
ReplyDeleteBorgata Hotel 출장샵 Casino & Spa: 광주 출장안마 The 김포 출장샵 Spa at Borgata offers an unparalleled travel experience on the East Coast. 계룡 출장안마 Enjoy 거제 출장안마 daily, fun things to do, and entertainment