SURAT RASMI
SURAT
RASMI
 ialah  KENYATAAN BERTULIS  yang  mengandungi  khabar, maklumat,  dan  seumpamanya,
 yang  ditulis  kepada  SESUATU  PIHAK  untuk MENDAPATKAN 
PERKHIDMATAN  MEREKA.  Dalam  peperiksaan, 
sebarang kesilapan dalam penggunaan laras bahasa mahupun kepersisan format
penulisannya, akan berhadapan dengan kes  PEMOTONGAN MARKAH.
FORMAT SURAT RASMI
1.   
MAKLUMAT
PENGIRIM
  i)     Ditulis pada  sebelah kiri
halaman.
        
ii)      Sekiranya surat persifat
peribadi, tuliskan nama penuh.
iii)       
Sekiranya mewakili mana-mana pihak, tuliskan nama jawatan tersebut.
   iv)  Tuliskan alamat lengkap.
 Noktahkan alamat  tersebut.
(Dalam peperiksaan, alamat boleh dilaraskan untuk kelihatan lebih
gramatis) 
      v)      Huruf besarkan nama bandar. 
        vi)      Sekiranya menggunakan kepala surat, semua
maklumat tentang jabatan berkenaan perlu lengkap:
               ~  Alamat    
               ~ 
No. Tel
               ~ 
No. Faks
               ~ 
Laman Web        
2.   
GARISAN PEMISAH  (Langkau 1 baris)
       i)      Buat
satu garisan untuk memisahkan maklumat pengirim dengan maklumat penerima.
           3.    RUJUKAN (Langkau 1 baris)
i)     
Sekiranya surat tersebut dijangka akan melalui beberapa proses lain, surat
itu perlu diberi nombor rujukan.  
        ii)    Selaraskan
kedudukan tanda      :
   4.   TARIKH
i)    Kosongkan 
haribulan.
        ii)    Tulis
nama bulan menggunakan  huruf  besar. 
        iii)    Jangan noktahkan.
5.   MAKLUMAT PENERIMA (Langkau 3 baris) 
  i)     Ditulis pada  sebelah kiri
halaman.
        
ii)      Sekiranya penerima amat
dikenali, tuliskan nama penuhnya.
iii)      Sekiranya tidak mengetahui
penama yang sebenar, tuliskan nama jawatan tersebut.
iv)     Alamat lengkap.  Noktahkan alamat  tersebut.
(Dalam peperiksaan, alamat boleh dilaraskan untuk kelihatan lebih
gramatis) 
      v)      Huruf besarkan nama bandar. 
6.   MELALUI  (Langkau 1 baris)
         i)    Surat
itu melibatkan tindakan ketua jabatan.
7.   MELALUI DAN SALINAN (Langkau 1
baris)
i)     
Surat itu melibatkan tindakan ketua jabatan dan simpanan fail.
8.   MAKLUMAT KETUA JABATAN (Langkau 1
baris)
  i)     Ditulis pada  sebelah kiri
halaman.
          ii)     Tuliskan nama jawatan ketua jabatan
tersebut.
 iii)     Alamat
lengkap.  Noktahkan alamat  tersebut.
(Dalam peperiksaan, alamat boleh dilaraskan untuk kelihatan lebih
gramatis) 
      iv)     Huruf besarkan nama bandar. 
9.   PERHATIAN KHUSUS  (Tanpa langkau)
  i)     Ditulis
di bawah alamat terakhir penerima, menggunakan singkatan  (u.p: ..)
 10.   KATA SAPAAN PENERIMA  (Langkau 2 baris)
        i)     Tulis
status kata sapaan penerima dan letakkan tanda koma      ,  
        ii)    Boleh mulakan dengan ungkapan  tuan, atau  panggilan hormat lain yang lebih tepat (Yang Berbahagia Dato’ / YB
Datuk  dan sebagainya).
 11.   TAJUK
SURAT  (Langkau 2 baris)
        i)     Perlu
mencerminkan  isi kandungan surat; ringkas dan padat.
       ii)     Boleh
ditulis dengan  huruf besar  atau  huruf kecil.
   iii)               Jangan
melebihi  3  baris. 
   iv)     Garis hanya
pada baris terakhir.
    v)     Perlu mematuhi  tatacara
penulisan judul. 
 12.   ISI
SURAT  (Langkau 1 baris)
  i)     Mulakan
surat perenggan demi perenggan mengikut kepentingan. Ada baiknya  satu isi  mewakili  satu
perenggan.  
 ii)     Perenggan perlu dinombori bagi
memudahkan rujukan. Bagaimanapun,  secara
konvensinya  perenggan pertama  dan  terakhir
tidak dinombori.
iii)      Langkau 1 baris  untuk memulakan  perenggan
baharu.
      iv)     Ada
baiknya anda seolah-olah menyertakan dokumen tertentu untuk  membantu menguatkan objektif surat tersebut. (Bersama-sama ini saya sertakan …)
 v)     Surat yang baik  hanya memerlukan  satu
halaman.
         ~  untuk tujuan perekodan
         ~  untuk mengekalkan format 
vi)     Sekiranya 
melebihi 
1  halaman,  sebahagian 
isi  perlu  ada 
pada halaman 2  untuk mengelakkan  kes penipuan.
        vii)     Jangan tulis
muka surat pada halaman pertama.
       viii)      Sekiranya  surat bersambung ke
halaman kedua,  tulis simbol 
...2/-
13.    PENUTUP SURAT (Langkau 1 baris)
       i)      Perenggan terakhir surat biasanya
menggunkan frasa: 
               Sekian, terima kasih.
       ii)     Langkau 1 baris, dan selitkan ungkapan yang  bersesuaian  dengan 
isi untuk memberi kekuatan kepada surat
berkenaan (menggunakan        huruf besar  dan  dalam bentuk  petikan),  misalnya seperti:
“BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA”
“KE ARAH MASYARAKAT
PROGRESIF”                     
“BERSIH CEKAP AMANAH”
“MAJULAH SUKAN UNTUK
NEGARA” 
“JAUH PERJALANAN LUAS
PENGETAHUAN”
iii)               Langkau 3 baris,  tuliskan
rangkai kata: 
                        Saya yang
menjalankan tugas,    
                        Saya yang menurut perintah,    
                        Saya
yang benar,
     iv)               Langkau 4 baris  untuk ruang tandatangan.
~  Tandatangan di bawah rangkai
kata itu. Pastikan tandatangan anda  tidak boleh ditiru.
               ~    Gunakan dakwat basah (hitam / biru) untuk tujuan jangka hayat tandatangan.
                  ~    Di 
bawah  tandatangan, tulis nama
penuh  pengirim dengan huruf besar  (dalam kurungan).
                  ~    Sekiranya mewakili sesuatu pihak,
tuliskan  nama jawatan.
                  ~    Sekiranya surat berkenaan memerlukan
tindakan pihak ketiga, surat 
itu  perlu  mempunyai 
“salinan kepada”  yang  biasanya disingkatkan menjadi  “s.k:” (huruf kecil).
       v)        Langkau 2 baris,  tuliskan  kod kedudukan
simpanan surat  tersebut.
Tahniah. Blog ini boleh dijadikan panduan.
ReplyDeleteThe Spa at Borgata - Mapyro
ReplyDeleteBorgata Hotel 출장샵 Casino & Spa: 광주 출장안마 The 김포 출장샵 Spa at Borgata offers an unparalleled travel experience on the East Coast. 계룡 출장안마 Enjoy 거제 출장안마 daily, fun things to do, and entertainment