Wednesday, 10 April 2013

Kata dan Frasa




1.         PENGENALAN 

            1.1       Takrif

              Ayat ialah unit pengucapan/tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan    
              mengandungi makna yang lengkap.  Ayat mengandungi unsur klausa, unsur frasa, dan unsur 
              perkataan.

           1.2       Binaan Ayat

            Subjek dan predikat ialah dua bahagian yang mesti ada dalam setiap ayat. Tanpa subjek,  
            tidak mungkin kita dapat membina ayat.  Subjek ialah sesuatu yang menjadi hal atau judul  
            (benda) percakapan, dan predikat ialah sesuatu yang menerangkan (cerita) perkara itu.  
            Contoh:

      SUBJEK
PREDIKAT
i.    Rashid Sidek
pemain badminton terkaya di Malaysia .
ii.   Guru itu
sedang mengajar.
 

             Bahagian pertama ayat-ayat yang di atas, iaitu Rashid Sidek dan guru itu  merupakan judul  
              atau perkara yang diperkatakan, dan ini disebut sebagai subjek ayat.  Bahagian yang kedua 
              pula, iaitu pemain badminton terkaya  dan sedang mengajar  merupakan cerita dan berita   
              tentang subjek tersebut, dan bahagian ini disebut predikat.
  

            1.3       Golongan Ayat

            a.         Ayat Tunggal

            Ayat tunggal atau ayat dasar, ayat inti ataupun ayat mudah mengandungi hanya satu klausa,    
            yakni hanya ada satu subjek dan satu predikat.



          b.         Ayat Majmuk

            Ayat majmuk atau ayat terbitan atau ayat kompleks ataupun ayat transformasi pula     
            mengandungi lebih daripada satu klausa.  contohnya:

      Ayat Tunggal
Ayat Majmuk
1.  Dia penyanyi.
1(a)   Dia penyanyi tetapi adiknya pensyarah.
2.   Budak itu sedang menangis.
2(a) Kami sampai ketika budak itu sedang menangis.


            1.4       Ragam Ayat

            Ayat mempunyai jenis atau ragam seperti yang berikut:
           
·         ayat penyata;
·         ayat perintah;
·         ayat tanya;
·         ayat seruan;



2.         AYAT TUNGGAL DAN POLA AYAT DASAR
           
2.1       Ayat Tunggal

                        Ayat tunggal terbina daripada satu subjek dan satu predikat.             Contohnya:

                        i.          Datuk Seri Najib / Menteri Pendidikan kita.
                        ii.         Mereka / sedang berlatih.


            2.2       Pola ayat dasar dalam bahasa Melayu.

            Ada empat pola ayat dasar dalam bahasa Melayu, iaitu:






POLA
CONTOH AYAT
Subjek + Predikat
Subjek / Predikat
1.  Frasa Nama + Frasa Nama
Guru saya/Encik Ismail bin Dahari.
2.  Frasa Nama + Frasa Kerja
Budak kecil itu / sedang tidur.
3.  Frasa Nama + Frasa Adjektif
Pekerja itu / sangat rajin.
4.  Frasa Nama + Frasa Sendi
Saya / dari Kota Bharu.


3.         SUBJEK

            3.1       Frasa  Nama

Secara amnya, dalam bahasa Melayu, Frasa Nama (FN) sahaja yang dapat berfungsi sebagai subjek ayat.


Contoh Ayat
Subjek

i.
Buku itu  mahal harganya.
Buku itu
ii.
Malaysia negara berbilang bangsa.
Malaysia
iii.
“Negaraku”  ialah lagu kebangsaan kita.
Negaraku
iv.
Kenangan sering mengusik jiwa.
Kenangan
v.
Pukulannya sungguh kuat.
Pukulannya
  

3.2       Kata Ganti, Kata Kerja dan Kata Adjektif

            Subjek boleh juga terbentuk daripada kata ganti dan kata kerja atau adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.

           
a.         Subjek Kata Ganti

Contoh Ayat
Subjek

i.
Saya  mempengerusikan majlis tersebut.
saya
ii.
Beliau akan menulis sebuah novel.
beliau
iii.
Ini makmal kami.
ini




b.         Subjek Kata Kerja dan Adjektif

Contoh Ayat
Subjek

i.
Memasak menjadi kegemarannya.
memasak
ii.
Bercakap  memang mudah.
bercakap
iii.
Merah lambang keberanian.
merah
iv.
Lemah-lembut sifat orang timur.
lemah lembut


4.         PREDIKAT

Predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada unsur-unsur yang berikut:

          4.1       Frasa Nama

Contoh Ayat
Predikat

i.
Itu harimau bintang.
harimau bintang
ii.
Yang ini rumah Ketua Pengarah.
rumah Ketua Pengarah
iii.
Petunjuk-Nya suatu peringatan.
suatu peringatan
  

4.2       Frasa Kerja

Contoh Ayat
Predikat

i.
Mereka tertridur.
tertidur
ii.
Orang tua itu sedang berehat.
sedang berehat
iii.
Usahanya membuahkan kejayaan.
membuahkan kejayaan
iv.
Ayahnya hendak pergi ke Mekah.
hendak pergi ke Mekah
v.
Kami akan berbincang esok.
akan berbincang esok

4.3      Frasa Adjektif

Contoh Ayat
Predikat

i.
Rumah itu cantik.
cantik
ii.
Keretanya besar sungguh.
besar sungguh
iii.
Bangunan itu tidak berapa tinggi.
tidak berapa tinggi
iv.
Tanah di sana tinggi rendah.
tinggi rendah
v.
Rumah mereka amat jauh dari sini.
amat jauh dari sini
vi.
Laporannya tidak jelas.
tidak jelas


              4.4       Frasa Sendi Nama (sendi nama + frasa nama)

Contoh Ayat
Predikat

i.
Mereka dari ibu pejabat.
dari ibu pejabat
ii.
Semua hadiah ini untuk adiknya.
untuk adiknya
iii.
Kami ke Ipoh kelmarin.
ke Ipoh kelmarin

No comments:

Post a Comment

Boleh tinggalkan komen disini untuk penambahbaikan !