| 
   | 
  
   
  AWALAN meN-, APITAN meN-…-kan, meN-…i,
  mempeR-…-kan, mempeR-…i, dan  
 
  AKHIRAN  –kan
  dan –i. 
 a. Imbuhan pembentuk kata kerja transitif
  seperti meN-…-kan, meN-…-i, mempeR-…-kan,  
     mempeR-…-I mesti diikuti oleh
  kata nama/ frasa nama selepasnya sebagai unsur  
     objek/penyambut; 
      Pembahas pertama mengemukakan dalam perbahasan itu
  hujah – hujah yang bernas ( X ) 
      Pembahas pertama mengemukakan hujah – hujah yang
  bernas dalam perbahasan itu  ( / ) 
 b. Imbuhan kata kerja transitif mempeR-
  berkata dasar kata adjektif tidak boleh disertai akhiran – 
     kan kerana memberikan maksud yang lewah; 
      Dia mempercepatkan kayuhannya agar
  cepat sampai ke sekolah ( X ) 
      Dia mempercepat kayuhannya agar cepat sampai
  ke sekolah ( / ) 
 c. Imbuhan kata kerja transitif memperoleh tidak
  memerlukan akhiran –i selepasnya; 
     Pak Saman memperolehi
  pendapatan yang agak lumayan hasil daripada penjualan kelapa kering (X) 
     Pak Saman memperoleh pendapatan yang agak
  lumayan hasil daripada penjualan kelapa kering ( / ) 
 d. Oleh sebab kata dasar had dan khas terbina
  daripada satu suku kata, maka apitan yang sesuai  
     adalah menge-…-kan,
  bukannya meng-…-kan; 
   
  Zarul       menghadkan   
  pengambilan   makanannya  untuk 
  mengelakkan   diri   daripada  kegemukan ( X ) 
    Zarul    mengehadkan   pengambilan  
  makanannya   untuk   mengelakkan  
  diri   daripada  kegemukan ( / ) 
 e. Huruf P bagi imbuhan mempeR-, mempeR-…-kan
  atau mempeR-…-I tidak boleh digugurkan  
     seperti konsep awalan meN-
  apabila bertemu dengan huruf awal tertentu pada suatu kata dasar; 
     Kami telah lama memelajari perkara ini di sekolah ( X ) 
     Kami telah lama mempelajari perkara ini di
  sekolah ( / ) 
 f. Terdapat juga imbuhan awalan meN- yang
  berbentuk kata kerja tak transitif. Kata kerja ini  
     dibezakan dengan kata kerja
  berawalan meN- ( transitif ) kerana tidak mempunyai objek  
     selepasnya. 
     Pengetahuannya semakin mendalam bidang perubatan ( X ) 
     Pengetahuannya semakin mendalam dalam bidang perubatan ( / )  
 g. Dalam penggunaan meN-…-kan, meN-…-i,
  mempeR-…-kan atau mempeR-…-i, penggunaan  
     kamus dapat membantu
  penguasaan tentang makna agar tidak mengelirukan; 
     Azlan menyerah
  wang RM10 kepada saya ( X) 
     Azlan menyerahkan wang RM10 kepada saya ( / ) 
     Azlan menyerahi saya wang RM10 kepada
  saya ( / ) 
 h. Dalam keadaan ayat pasif diri pertama dan
  kedua sahaja akhiran –kan
  atau –i digunakan.  
     Akhiran –kan dan –I tidak boleh digunakan dalam
  struktur ayat aktif; 
     Mereka perbudakkan
  kami selama ini ( X ) 
     Mereka memperbudakkan kami selama ini ( / ) 
     Kami diperbudakkan oleh mereka selama
  ini ( / ) 
 i.  Penggunaan imbuhan yang tidak
  menepati konteks ayat; 
     Setelah hari petang, Arjit mengumpulkan semua kambingnya ( X ) 
     Setelah hari petang, Arjit mengandangkan semua kambingnya ( / ) 
 | 
 
       KATA
NAMA
     a. Kesalahan ejaan, iaitu ada beberapa kata
nama yang seakan – akan sama ejaannya tetapi 
           mempunyai makna yang
berlainan ataupun tidak bermakna;
            Seniwati Sarimah mengenakan cocok sanggul pada dandanan rambutnya ( X )
            Seniwati Sarimah mengenakan cucuk sanggul pada dandanan rambutnya ( / )
       b. Kesalahan penggunaan kata nama mengikut konteks
ayat;
            Wakil Rakyat itu  melawat kawasan petempatan semua
orang asli ( X )
            Wakil Rakyat itu
melawat kawasan penempatan semua orang asli ( / )
Ich bin Black Rambo von Grammy, ich arbeite im Grammy Camp, Meine Frau starb vor 6 Jahren und seit ich mich um meinen einzigen Sohn namens Clinton, einen Freund meines Rats, nach einer Frau zu suchen, auf meiner Suche traf ich Jennifer sie war und Englische Frau, Ich liebte sie so sehr, dass ich ihr alles geben konnte, was sie im Alter von 37 Jahren war, nach einiger Zeit der Dating war ich so sehr in sie verliebt, hatten wir einige Missverständnisse, und sie trennte sich von mir und ich flehte sie an, dass mein Sohn sie zurückrief, sagte sie nein, dass sie jemand anderen gefunden hat, und wir lieben uns so sehr, nachdem ich einen Artikel darüber gelesen habe, wie Dr. Lomi helfen kann, die zerbrochene Beziehung zurückzubringen. , Ich beschloss, einen Versuch zu geben, ich kontaktiere Dr. Lomi für Hilfe, er sagte mir, was zu tun, um meine Geliebte zurückzubringen, die ich tat, er tat die Gebete und Jennifer war zurück, sie liebt mich und schätzen mich mehr jetzt, und wir haben die beste Zeit unseres Lebens, Dr. Lomi bereiten auch einige natürliche Kräuter, die mich stark und gesund wieder jetzt machte ich fühle mich wie ein junger Mann Ich fühlte mich wie ein junger Mann Ich zufrieden sie sexuell sehr gut sind wir beide glücklich, kontaktieren Sie Dr. Lomi auf WhatsApp Nummer +2349034287285 oder mailen Sie ihm auf lomiultimatetemple@gmail.com HE HAT DIE BESTE LÖSUNG FÜR SIE..
ReplyDelete